Thursday, 3 May 2012

KEPENTINGAN MENYERTAI UNIT BERUNIFORM


Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan  Negara yang berobjektif untuk  melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kokurikulum yang mustahak ialah badan beruniform, seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Sesungguhnya, ibu bapa dan para pelajar perlu dicelikkan supaya menyedari kepentingan menyertai badan beruniform.
Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform sangat maslahat untuk memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini terjadi demikian kerana peserta unit beruniform perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, ketika dalam latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan ketua pasukan  masing-masing sehingga memiliki rentak yang sama semasa bergerak. Semangat berdisiplin ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan mereka sehingga tidak melanggar peraturan sekolah dan bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri. Nescaya remaja yang berdisiplin  dapat dicanai sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah juvenil.
Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang berwibawa.  Melalui kegiatan dalam pasukan  beruniform, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam  pasukan beruniform dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin kelak. Sebagai fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa majoriti pemimpin negara kita pernah  menjadi pemimpin dalam pasukan beruniform  di sekolah.
Lebih-lebih lagi,  anggota  pasukan beruniform lebih berdikari  berbanding dengan pelajar lain. Lazimnya, pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kegiatan  tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi.  Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, mereka perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabah akan dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran atau pancaroba. Lantaran daripada itu, anggota pasukan beruniform tidak seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari.
Sudah terang lagi bersuluh,  badan beruniform juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta.  Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Dengan menyertai Persatuan St. John Ambulans, pelajar telah diberi pengetahuan tentang pertolongan kecemasan.  Dalam kegiatan Pasukan Pengakap dan Pandu Puteri,  pelajar turut belajar untuk masak-memasak . Pengetahuan dan pengalaman ini tidak dapat ditimba daripada buku teks. Sebagai insan yang sempurna pelajar tidak boleh  bergantung pada pencapaian akademik sahaja. Pengalaman  dan kemahiran  ini dapat mematangkan fikiran pelajar itu.
Badan beruniform juga dapat mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa. Semasa menjalankan kegiatan, pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi,  tolong-menolong dan bahu-membahu untuk menjayakan sesuatu program, bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Ahli pasukan beruniform bukan sahaja menjalani aktiviti di dalam sekolah tetapi juga dalam  gabungan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa. Anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi dengan anggota dari sekolah lain bahkan negeri lain sehingga terjalinlah hubungan mesra antara generasi muda yang berbezaan latar belakang. Kerjasama mereka akan mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda kita sehingga merealisasikan 1 Malaysia.
Bukan itu sahaja,  pelajar dapat menentukan kerjaya masa depan mereka  melalui kegiatan badan beruniform. Hal ini terjadi demikian kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam,  mereka dapat mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang tertentu.  Tamsilnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans lazimnya berminat menjadi doktor, jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak.  Anggota Kadet Polis berpeluang besar untuk diterima dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan ala polis di sekolah. Ternyata,  anggota badan beruniform dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Secara tuntasnya, kegiatan badan beruniform berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri . Untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan  elemen yang tidak ternilai seperti peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi srikandi negara”.

SEJARAH KADET POLIS



Sejarah Kadet Polis 

Pasukan Kadet Polis ditubuhkan di setiap sekolah menengah di Malaysia bagi mendisiplinkan pelajar-pelajar agar mencegah perkara-perkara yang negatif.


Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh Bin Ismail ketika merasmikan pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970.Allahyarham dalam ucapannya berbunyi:

" The overall objektif is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the yeasr ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building ".

Maksudnya: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis iniwarganegara yang bertanggungjawab di masa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga pada tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.

TUJUAN PENUBUHAN

 Bertujuan melahirkan insan yang bertanggungjawwab, berdisiplin, danberpelajaran.

Membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara semua aspek baik

ekonomi, politik dan perbaharuan.

Menjadikan insan yang bertanggungjawab,berpelajaran, dan berdisiplin.

PENGENALAN KRS


1.         LATAR BELAKANG


1.1          Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks  Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek            ( JERI ).


1.2          Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan  bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.

 

2.    RASIONAL

 

2.1      Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

 

2.2     Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

 

2.3      Memenuhi inspirasi dan permintaan   masyarakat masa kini yang memerlukan satu          usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.


2.4      Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 






3.         MATLAMAT


Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat  Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

 

4.         OBJEKTIF


4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.


4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.


4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

           
4.4  Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi  kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

     4.5  Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987  Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya,  sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan  kertas kabinet .  Jawatankuasa  ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada  KADET REMAJA SEKOLAH  ( KRS )  yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan  telah diiaksanakan pada      20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

KRS SMKSMS

pengenalan puteri islam dan pengakap

puteri islam
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah anak kandung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (PTM) (LKPI-PTM) yang diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tuanku Besar Kurshiah.Pada 3 Disember 1998 tegaklah PPIM sebagai sebuah pergerakan beruniform,yang bebas dari LKPI,dari segi Pendaftaran dan Perlembagaannya.

Tujuan penubuhan PPIM ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang:
a) membimbing anak-anak muda atau gadis Islam dalam segi akhlak rohani dan jasmani supaya menjadi insan yang berilmu dan maju.
b) mempelajari dan mengenalkan ajaran Islam
c) berbakti untuk Allah,nusa dan bangsa
d) Membentuk suatu kumpulan yang beridentiti tersendiri,progresif ,dan diterima oleh masyarakat.
e) Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda Islam. 


Pergerakan Puteri Islam Malaysia SMK Jalan Tiga telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Ustazah Siti Aishah binti Abdul Rauf. Kini persatuan ini telah mempunyai seramai 180 orang ahli. Aktiviti tahunan PPIM dirangka berasaskan Penilaian Tahap untuk membolehkan semua ahli yang terlibat secara aktif dalam PPIM layak untuk Penilaian Tahap Puteri seterusnya menerima sijil mengikut tahap masing-masing .






pengakap

Pergerakan pengakap yang diasakan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907 di England kini dianggotai oleh 216 negara dan jajahan di seluruh dunia.Bilangan keahlian diseluruh dunia lebih daripada 28 juta pengakap dan daripada itu 17 juta pengakap adalah datang daripada rantau Asia –Pasifik.Pergerakan pengakap bermula di malaya pada tahun 1910 dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menjadi ahli penuh Pertubuhan Pengakap Sedunia pada tahun 1957.PPM ialah satu pergerakan badan sukarela beruniform tertakluk dibawah Akta Parlimen, iaitu Akta no. 38 tahun 1968 pindaan no.134 tahun 1974.Penaung Utama ialah Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong. Penaung-Penaung ialah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan YangTerutanma Yang DiPertua Negeri-Negeri.PPM mempnyai 17 cawangan, iaitu 15 negeri dan 2 kumpula latihan, iaitu dari maktab-maktab dan institusi-insitusi pengajian tinggi (awam dan swasta ).Bilangan keahlian di Malaysia pada tahun 2005 ialah lebih kurang 160,000 orang. Keahliannya terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan juga usia.Tujuan berpengakap ialah untuk mengalakan perkembangan rohani, jasmani, intelek, emosi dan pergaulan yang sihat dikalangan generasi muda supaya mereka dapat mengambil bahagian yang membina dalam masyarakat sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.Prinsip-prinsip dan amalan pengakap ialah berdasarkan kepada Persedian dan Undang-Undang Pengakap.Ramai tokoh-tokoh pernah menjadi ahli pengakap semasa usianya muda, di antaranya ialah Bapa Kemerdekaan kita, Pedana Menteri pertama Malaysia, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri kesayangan kita sekarang, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Dibawa kepimpinan Ketua Pengakap Negara, YB Dato’ Dr. Hj. Shafie B. Mohd. Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Kol Prof. Dato. Dr. Hj. Kamarudin B. Hj. Kachar, PPM akan menuju ke era yang lebih dinamik dan progresif.





pengenalan bulan sabit merah

PBSMM
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas. 
  • Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat .
  •   Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.
  •   Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak Pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah tamat pengajian.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Manek Urai disKegiatan luar juga diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman, dan pengetahuan kepada ahli persatuan ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah:
        a. Latihan dan pertandingan kawad kaki semasa Hari Sukan
        b. Menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform
        c. Flag Day
        d. Mengundang pensyarah untuk memberi ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya.
Akhir sekali, saya bagi pihak semua ahli PBSM SMK Manek Urai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada persatuan ini. elaraskan oleh beberapa pegawai penasihat iaitu En Roslan Mohd Hassan, En Suhaimi Jusoh, Puan Hanipah Deraman dan Puan Nurol Alini kamarudin. Aktiviti yang dijalankan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM dari SMK Manek Urai dan PPD Kuala Krai yang berpengalaman luas pada setiap hari Isnin pada jam 3.30 ptg hingga 5.30 ptg . 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkemahan rekreasi.






  

Monday, 30 April 2012

Aktiviti KoKurikulum

Pasukan Pakaian Seragam


1.    Aktiviti pasukan pakaian seragam dijalankan setiap Rabu mengikut Jadual Anjal 2.
2.    Perhimpunan Kokurikulum bulanan. ( Rabu Minggu Keempat )
3.    Kem Rekrut – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
4.    Kem Kraf – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
5.    Kem Dwi Tahunan  - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
6.    Kursus Kenaikan Pangkat - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
7.    Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Pengakap
8.    Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam (PPIM) dan Persatuan Bulan Sabit  Merah (PBSM)
9.    Kursus kemahiran manik kayu pengakap
10.  Perkhemahan Perdana Peringkat sekolah
11.  Perkhemahan PPIM peringkat daerah
12.  Kawad kaki GO dan NGO peringkat daerah dan negeri
13.  Hari Puteri PPIM peringkat daerah dan negeri


Persatuan dan Kelab


1.    Aktiviti dijalankan setiap hari Rabu mengikut Jadual Anjal 1.
2.    Perhimpunan Kokurikulum. ( Rabu Minggu Keempat )
3.    Taklimat pengurusan fail kepada semua setiausaha persatuan dan kelab
4.    Hari Koperasi 
5.    Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.    Taklimat pendedahan peluang kerjaya
7.    Hari Kokurikulum


Sukan dan Permainan


1.    Program pemilihan atlit dan pemain sekolah bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4
2.    Latihan Sukan.
3.    Latihan intensif mengikut pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
4.    Mengikuti latihan berkelompok – Memanah, Bola Sepak, Hoki, Tenis, Badminton dan Bola Tampar
5.    Klinik Sukan
6.    Perlawanan persahabatan

BADAN BERUNIFORM


 1.         DEFINISI UNIT BERUNIFORM
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi.Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan  Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997  menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
2.         RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
3.         MATLAMAT           
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.
4.         OBJEKTIF AM
 Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan  nilai-nilai  kepimpinan   yang diperlukan untuk memimpin,  mengurus  dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah.
            Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan.
           Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin
           Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin.
           Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
5.         OBJEKTIF KHUSUS
Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan
            Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform.
           Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform
            Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan badan beruniform di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
            Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
          Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
 AKTIVITI UNIT BERUNIFORM