Pasukan Pakaian Seragam
1. Aktiviti pasukan pakaian seragam dijalankan setiap Rabu mengikut Jadual Anjal 2.
2. Perhimpunan Kokurikulum bulanan. ( Rabu Minggu Keempat )
3. Kem Rekrut – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
4. Kem Kraf – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
5. Kem Dwi Tahunan - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
6. Kursus Kenaikan Pangkat - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
7. Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Pengakap
8. Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam (PPIM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
9. Kursus kemahiran manik kayu pengakap
10. Perkhemahan Perdana Peringkat sekolah
11. Perkhemahan PPIM peringkat daerah
12. Kawad kaki GO dan NGO peringkat daerah dan negeri
13. Hari Puteri PPIM peringkat daerah dan negeri
Persatuan dan Kelab
1. Aktiviti dijalankan setiap hari Rabu mengikut Jadual Anjal 1.
2. Perhimpunan Kokurikulum. ( Rabu Minggu Keempat )
3. Taklimat pengurusan fail kepada semua setiausaha persatuan dan kelab
4. Hari Koperasi
5. Sambutan Bulan Kemerdekaan
6. Taklimat pendedahan peluang kerjaya
7. Hari Kokurikulum
Sukan dan Permainan
1. Program pemilihan atlit dan pemain sekolah bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4
2. Latihan Sukan.
3. Latihan intensif mengikut pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
4. Mengikuti latihan berkelompok – Memanah, Bola Sepak, Hoki, Tenis, Badminton dan Bola Tampar
5. Klinik Sukan
6. Perlawanan persahabatan
Monday, 30 April 2012
BADAN BERUNIFORM
1. DEFINISI UNIT BERUNIFORM
Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi.Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.
2. RASIONAL
Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
3. MATLAMAT
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.
4. OBJEKTIF AM
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah.
Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan.
Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin.
Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
5. OBJEKTIF KHUSUS
Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan
Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform
Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan badan beruniform di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
Subscribe to:
Posts (Atom)